SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertahankan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad selepas tersebar klip video hubungan sulitnya dengan isteri orang menjadi tular di media sosial.
“
“Apa pun boleh buat dengan teknologi. Kita biasa dengar ‘dengar macam saya, nampak macam saya, tetapi itu bukan saya’.”
Nawawi berkata demikian sebagai respons kepada bahas Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh minggu lalu yang mendesak Putrajaya mengambil tindakan disiplin terhadap Dzulkifli susulan tuduhan hubungan sulit itu.
Beliau berkata Gobind tidak sepatutnya membawa isu itu di Parlimen dan tidak ada keperluan untuk membincangkannya lebih lanjut.
Dilaporkan terdapat dua klip video menunjukkan Dzulkifli berpegangan tangan dengan seorang wanita ketika masuk ke sebuah restoran di Bali.
Klip video itu dimuat naik di YouTube oleh seseorang yang tidak dikenal pasti.
Wanita terbabit kemudian dilaporkan berkata perceraiannya baru-baru ini tidak ada kaitan dengan Dzulkifli.
Dzulkifli menafikan semua dakwaan itu dan berikrar tidak akan tunduk dengan kempen mencemarkan nama baiknya itu. – 7 November, 2017.
Komen