Polis siasat Najib, Rosmah dan bekas ketua SPRM berhubung klip audio


Bede Hong

Rosmah Mansor antara individu yang akan disiasat pihak polis berkaitan rakaman audio yang didedahkan SPRM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Februari, 2020.

BUKIT Aman akan menyoal siasat bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifly Ahmad berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Perisikan dan Operasi) Timbalan Komisioner Mohd Roze Shaari berkata setakat ini, polis telah mengambil keterangan ahli parlimen Umno Azeez Abdul Rahim, bekas setiausaha peribadi Najib, Shukry Mohd Salleh dan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berhubung rakaman audio itu.

Beliau berkata dua belas orang telah memberi keterangan mereka setakat ini.

Mereka disoal siasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis untuk menyoal siasat mana-mana individu yang dipercayai mengetahui fakta dan keadaan kes itu. – 10 Februari, 2020. 

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen