UMNO tidak membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat majlis tertingginya hari ini, kata anggotanya Bung Moktar Radin.
Majlis Tertinggi Umno juga tidak sebarang usaha membentuk kerjasama yang digembar-gemburkan sebagai Pakatan Nasional, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu.
Majlis Tertinggi Umno sebaliknya hanya membincangkan usaha untuk mengukuhkan kerjasama parti dengan PAS dalam Muafakat Nasional, katanya.
“Kita tak bincang kerjasama dengan Dr Mahathir, kita bincang untuk kukuhkan Muafakat Nasional, BN dan PAS.
“Tiada keputusan (kerjasama dengan Dr Mahathir). Bincang kekuatan parti untuk PRU15. Isu Pakatan Nasional tidak dibincangkan,” katanya.
Bung bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hampir empat jam di ibu pejabat parti di PWTC, petang tadi.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini berlangsung ketika ada spekulasi mengenai usaha pembentukan kerjasama politik baru melibatkan Umno dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Spekulasi timbul selepas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam pada Isnin lalu mendedahkan Zahid mengusulkan cadangan tersebut dalam satu mesyuarat parti.
Dalam pendedahannya Lokman membidas Zahid kerana berkata Umno perlu menyokong dan bekerjasama dengan Dr Mahathir.
Tindakan Lokman tersebut di bidas Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah yang menegaskan ia merupakan satu kesalahan kerana mendedahkan rahsia parti sedangkan ianya hanya rancangan awal.
Jelas Shamsul, Umno masih berpendirian bahawa tiada sebarang kerjasama dengan mana-mana parti lai selagi mana parti itu berkongsi kuasa dengan DAP dalam Pakaran Harapan. – 7 Februari, 2020.
Komen