MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak saman lucut hak terhadap Umno berkaitan dana 1MDB, lapor Malaysiakini.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak saman lucut hak wang berjumlah RM212.97 juta daripada Umno, pagi tadi.
Menurut Zaini, baki dalam akaun Umno setakat Mei 2019 tidak ada kaitan dengan wang didakwa dimasukkan Najib Razak ketika menjadi presiden parti itu.
“Tidak ada baki wang yang dimasukkan oleh DSNR (Najib Razak) dalam akaun (Umno),” katanya.
Menurutnya lagi, RM212.97 juta yang dimasukkan Najib sudah lama dibelanjakan antara lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 berdasarkan dokumen dihantar Umno.
Zaini turut menolak saman lucut hak difailkan Putrajaya terhadap Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.
Saman lucut hak terhadap Wanita MCA berjumlah RM300,000, Perano ( RM337,634.78) dan Binsabi (RM827,250).
Saman lucut hak itu adalah sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan semula RM270 juta yang dikaitkan dengan 1MDB daripada 41 entiti dan syarikat. – 7 Februari, 2020.
Komen