Keluarga suspek LTTE mahu 12 tahanan dibebaskan


Noel Achariam

Keluarga dan rakan suspek LTTE mahu kesemua 12 tahanan dibebaskan kerana mendakwa penahanan mereka tidak berperlembagaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2020.

KELUARGA suspek yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Penasihat mereka K. Saraswathy berkata memorandum bagi mengesa pembebasan 12 tahanan terbabit akan diserahkan selepas sambutan Thaipusam.

“Kami mahu PM mempertimbangkan tindakan kerajaan untuk tidak membebaskan tahanan berdasarkan bukti yang akan kami bentangkan.

“Kami mahu maklumkan kepada PM bahawa penahanan kesemua mereka adalah tidak berperlembagaan,” katanya pada satu sidang media hari ini.

“Tuduhan terhadap mereka sangat tipis, kami akan mendapat semua butiran dan serahkannya.”

Kesemua 12 individu terbabit ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

Menurutnya, Malaysia tidak pernah melabel LTTE sebagai organisasi pengganas.

“Mereka hanya boleh ditahan sekiranya melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA). Penahanan mereka bermotif politik.

“Label yang diberikan kepada LTTE sebagai pengganas perlu digugurkan. Kami mahu kerajaan gugurkan pertuduhan dan bebaskan mereka.

“Polis telah bertindak secara ‘ultra vires’ terhadap mereka dan ini melanggar perlembagaan.”

Terdahulu, seorang ahli perniagaan dari Klang membuat laporan polis di IPD Sentul mendakwa 12 individu terbabit ditahan secara salah.

P. Thiagarajan, 65, merupakan rakan kepada mereka yang ditahan berkata Mahkamah Tinggi mengelirukan masyarakt dengan menolak permohonan ikat jamin Adun Gadek, G. Saminathan.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan Malaysia pada 2010 memberi RM3.2 juta (AS$ 1 juta) kepada Forum Tamil Malaysia yang mengumpul dana untuk mangsa perang saudara di Sri Lanka.

“Kami mahu polis untuk siasat kepada siapa dana itu diberikan?” katanya. – 6 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen