PM tak pasti urusan AirAsia dan Airbus


Alfian Z.M. Tahir Khoo Gek San

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata offset biasa diamalkan terutamanya dalam pembelian kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 Februari, 2020.

AMALAN ‘offset’ atau imbangan dalam perniagaan adalah proses biasa asalkan wang berkenaan tidak diambil untuk kegunaan peribadi, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kerajaan pun biasa membuat offset dalam urusan perolehan untuk pentadbiran.

Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tawaran syarikat aero angkasa Airbus kepada pasukan sukan yang dikaitkan dengan pegawai eksekutif syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X.

“Biasanya bila kerajaan membeli alatan kita selalu minta offset

“Kalau duit yang kita dapat itu masuk poket, itu rasuah lah.

“Tetapi kalau duit itu adalah untuk tujuan tertentu, dia jadi offset,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

AirAsia menafikan dakwaan bahawa syarikat pembuat kapal terbang Airbus membayar AS$50 juta sebagai habuan bagi pesanan pembelian pesawat. – 6 Februari, 2020.     

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen