Dr Mahathir gembira sokongan Umno dan PAS


Alfian Z.M. Tahir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata PAS dan Umno boleh menyatakan sokongan terhadap kerajaan di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 Februari, 2020.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menyambut baik sokongan daripada Umno dan PAS ketika khabar angin berlegar yang kerajaan campuran Pakatan Nasional baru sedang diusahakan.

Dr Mahathir berkata setiap kali menerima sokongan, beliau berasa gembira.

“Bukan hanya Umno malah PAS dan saya memberitahu mereka boleh menyokong saya. Setiap kali orang menyokong saya, saya seperti ‘di awangan’,” katanya berseloroh.

Perdana menteri menambah Umno dan PAS boleh menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan di Parlimen.

“Sekiranya kami melakukan sesuatu yang betul di Parlimen, sila sokong kami. Jangan hanya membabi buta,” katanya, tetapi tidak menambahkan komennya cakap-cakap mengenai gabungan baru.

Perbincangan mengenai kerajaan baru di peringkat persekutuan bermula beberapa hari lalu selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti nasionalis Melayu mesti mengikut jejak langkah PAS dalam menyokong Dr Mahathir.

Beliau berkata dengan menyokong Dr Mahathir, Umno boleh kembali menjadi relevan.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam menyifatkan Zahid sebagai pemimpin lemah kerana mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Menurut Lokman, Zahid memberi beberapa sebab mengapa Umno harus bekerjasama, sebahagiannya kerana PAS sudah berbuat demikian dan Umno tidak boleh ketinggalan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Mohamad Hassan memberi amaran Umno perlu berhati-hati dan tidak mudah dipengaruhi dengan sebarang tawaran untuk menjalin perikatan politik dengan Bersatu. – 6 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen