2 individu pulang dari Wuhan positif koronavirus


Alfian Z.M. Tahir

Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan menaiki bas khas selepas kapal terbang mendarat di KLIA Sepang, semalam. – Gambar EPA, 5 Februari, 2020.

DUA rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China didapati positif ujian 2019 novel koronavirus, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri kesihatan berkata lelaki berusia 45 tahun dan anaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di wad pengasingan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Kedua-duanya sedang dirawat dan dilaporkan stabil,” kata Dzulkefly hari ini.

Beliau berkata dengan dua kes itu, kini terdapat 12 kes koronavirus disahkan di Malaysia

Semalam, Kementerian Kesihatan berkata seorang rakyat Malaysia dijangkiti virus ketika menghadiri persidangan di Singapura.

Menteri kesihatan berkata lelaki itu didapati positif ujian  koronavirus semalam dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Kementerian Kesihatan sedang meneliti ‘kontak rapat’ individu berkenaan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Pesakit dari Selangor, adalah kes koronavirus pertama negara yang melibatkan jangkitan tempatan. – 5 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen