Proses pinjaman kerajaan makan masa 1 hingga 3 bulan, kata Irwan


Bede Hong

Saksi-saksi terdahulu dalam perbicaraan SRC International, termasuk pegawai kanan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) memberi keterangan bahawa mereka telah ditekan untuk meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International pada tahun 2011 dan 2012.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Februari, 2020.

BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan di mahkamah tinggi hari ini bahawa permohonan pinjaman kerajaan memakan masa kurang dari satu bulan adalah tidak normal.

Saksi-saksi terdahulu dalam perbicaraan SRC International, termasuk pegawai kanan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) memberi keterangan bahawa mereka telah ditekan untuk meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International pada tahun 2011 dan 2012.

Irwan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa proses pinjaman biasanya mengambil masa lebih sebulan.

Beliau diminta oleh peguam bela Farhan untuk membaca garis masa purata dari proses permohonan sehingga ia diputuskan Kabinet.

Irwan: Ia bergantung. Boleh makan masa satu hingga tiga bulan. Ia boleh mengambil masa kurang daripada sebulan bergantung kepada keperluan segera. Biasanya, secara purata, satu hingga tiga bulan.

Farhan: Setakat pengetahuan anda, adakah terdapat sebarang permohonan yang mengambil masa kurang dari sebulan untuk diproses dari awal hingga akhir?

Irwan: Secara purata, ia mengambil masa lebih daripada satu bulan.

Irwan turut memberi keterangan bahawa beliau tidak terlibat dalam proses perolehan pinjaman pertama dan kedua bernilai RM2 bilion bagi setiap pinjaman daripada KWAP. Irwan ketika itu adalah timbalan setiausaha perbendaharaan yang menjawab kepada atasannya, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Irwan berkata beliau telah menandatangani memo kerajaan untuk pinjaman kedua, namun menegaskan ia adalah protokol kerana Wan Abdul Aziz berada di luar negara ketika itu.

Farhan: Adakah anda ditekan untuk menyediakan memo ini? Adakah anda menerima apa-apa tekanan untuk menandatangani kelulusan?

Irwan: Pegawai saya tidak boleh memberi tekanan kepada saya. Mereka menerangkan kepada saya dan kemudian saya tandatangan.

Farhan: Bagaimana dengan orang atasan yang lebih tinggi?

Irwan: Pada masa itu tiada siapa yang hubungi.

Irwan juga ditanya sama ada beliau berpandangan Najib Razak memberi perhatian terhadap SRC International.

Irwan: Pada tahun 2011, saya tidak terlibat dan saya tidak tahu ... Jika anda bertanya pada 2016 dan 2017, saya terlibat dalam pembayaran balik (hutang 1MDB). Sudah tentu, saya boleh beritahu kerana saya terlibat secara langsung. Saya terlibat untuk memulakan pembayaran semula hutang.

Irwan dilantik sebagai Pengerusi 1Malaysia Development Bhd pada 31 Mei 2016.

Selepas Irwan memberikan keterangan, timbalan pendakwa raya V. Sithambaram memilih untuk tidak memeriksa balas. Turut hadir ialah Peguam Negara Tommy Thomas.

Pemimpin utama peguam pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasukan perundangan Najib masih belum memeriksa saksi pembelaan keempat.

Irwan memohon untuk dibicarakan bersama Najib pada Oktober 2018 di atas enam pertuduhan pecah amanah yang melibatkan dana kerajaan sebanyak lebih RM6.6 bilion melibatkan dana kekayaan negara Abu Dhabi, Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC). Kes ini masih belum dibicarakan.

Semasa memegang jawatan sebagai lembaga 1MDB, dana itu mencapai penyelesaian bernilai US$1.2 bilion dengan IPIC di London atas dakwaannya bahawa anak syarikatnya, Aabar Investments PJS, tidak pernah menerima US $3.5 bilion yang menjadi hutang 1MDB.

Pertuduhan ke atas Najib dalam perbicaraan SRC International yang dikaitkan dengan pinjaman RM4 bilion yang dikeluarkan kepada SRC International pada tahun 2011 dan 2012, di mana Najib dituduh menerima RM42 juta pada bulan Disember 2014 dan Februari 2015. Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu menghadapi 20 tahun penjara, jika disabitkan kesalahan.

Perbicaraan itu dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan bersambung Isnin depan. – 5 Februari, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen