Warisan failkan usul pengembalian hak istimewa


Jason Santos

Naib Presiden Warisan Junz Wong (tengah) dan ketua pemuda Nicholas Chak menyerahkan usul kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Syed Abbas Syed Ali hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 6 November, 2017.

PARTI Warisan Sabah hari ini memfailkan usul di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi membentangkan pengembalian semula hak-hak istimewa negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Naib Presiden Warisan Junz Wong berkata usul itu untuk mendesak kerajaan negeri menuntut Putrajaya mengembalikan hak negeri tanpa tolak ansur.

“Keputusan untuk memfailkan usul datang kerana beberapa menteri Barisan Nasional bercakap mengenai pengembalian semula hak-hak istimewa.

“Mereka berkata tuntutan itu tidak boleh dirunding, jadi, ia patut dikembalikan semula kepada negeri tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Wong berkata, sebagai respon kepada manifesto baharu pakatan Harapan (PH), Timbalan Ketua Menteri Raymond Tan berkata rakyar Sabah bertegas mahu semua hak negeri dikembalikan dan dihormati.

Tan berkata demikian kerana beliau percaya menifesto pembangkang untuk Sabah dan Sarawak yang dilancarkan pada September adalah “rundingan semula” berkaitan terma-terma di bawah MA63.

Speaker DUN Syed Abbas Syed Ali yang menerima usul Wong telah mengulas perkara itu.

Sidang DUN akan berlangsung dari 17 hingga 24 November yang mana akan kerajaan negeri dijangka akan membentangkan belanjawan negeri. – 6 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen