Sarawak boleh uji sendiri suspek koronavirus


Desmond Davidson

Sarawak kini boleh menguji suspek koronavirus di negeri itu tanpa perlu menghantar sampel ke IMR di Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Februari, 2020.

SARAWAK kini boleh menguji suspek koronavirus di negeri itu tanpa perlu menghantar sampel ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas jumlah kit ujian darah dihantar ke negeri itu yang banyak membolehkan ujian dilakukan di hospital besar Sarawak di Kuching, dengan keputusan boleh diperoleh dalam 12 jam.

Uggah yang juga mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana negeri, berkata menghantar sampel ke IMR mengambil masa antara 24 hingga 48 jam untuk mendapatkan keputusan.

Sarawak setakat ini masih bebas koronavirus, yang sehingga hari ini mengorbankan 426 orang dan menjangkiti lebih 20,000 orang di 27 negara.

Di Sarawak, 24 kes negatif daripada 32 pesakit yang disyaki dijangkiti, manakala lapan lagi masih menunggu keputusan ujian.

Walaupun jangkitan dalam negeri agak rendah, Unggah berkata jawatankuasa itu tetap berhati-hati memantau kemasukan pengunjung ke negeri itu, terutama mereka yang pernah ke China. – 4 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen