SERAMAI 147 orang warga China dari Wuhan disekat dari memasuki Malaysia sejak seminggu lalu, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Katanya paling ramai disekat masuk di Pelabuhan Klang, seramai 32 orang pada Rabu dan 33 orang semalam.
Seramai 30 orang disekat memasuki Malaysia dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, katanya.
Selain itu, 14 orang disekat di klia2 pada Selasa, kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook.
Seramai sembilan orang disekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang - tiga orang pada Rabu dan enam orang pada keesokannya.
Di pintu masuk lain, jumlah yang disekat adalah antara satu hinggan tiga orang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kota Kinabalu dan Sandakan.
Ia termasuk sekatan di Bukit Kayu Hitam, Tawau dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Sipitang.
Data Kementerian Kesihatan setakat ini menyebut seramai 17,386 orang dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) seluruh dunia.
Seramai 8 orang disahkan dijangkiti virus itu di Malaysia, kesemuanya warga China yang memasuki negara ini. – 4 Februari, 2020.
Komen