POLIS telah menamakan Ri Ji-u sebagai suspek kelima Korea Utara yang dipercayai terbabit dalam kes kematian Kim Jong-nam.
Nama Ri Ji U – yang dikenal pasti melalui telefon bimbit tertuduh dari Indonesia, Siti Aisyah. Pihak polis tidak dapat memperolehi rakaman CCTV yang menunjukan Ji-u, yang juga dikenali sebagai “James”.
Mereka berkata, suspek-suspek tersebut - Ri Jae Nam, 57, yang sebelum ini dinamakan sebagai Hanamori dalam perbicaraan; Hong Song Hac (Mr Chang), 34; Ri Ji Hyon (Mr Y), 33; and O Jong Gil, 57 (James) – tiba berasingan di Malaysia dalam masa beberapa minggu sebelum pembunuhan pada 13 Febuari itu.
Nama samaran kelima-lima suspek tersebut dikenal pasti melalui kenyataan dari Siti Aisyah dan tertuduh dari Vietnam Doan Thi Hoang kepada polis.
Mahkamah Tinggu Shah Alam hari ini dimaklumkan yang suspek-suspek tersebut memegang pasport Korea Utara, dan masih bebas walaupun nama mereka tersenarai dalam notis merah Interpol.
Pegawai penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata Song Hac tiba paling awal pada 31 Januari, diikuti oleh Jae Nam (1 Februari), Ji Hyon (4 Februari) dan Jong Gil (7 Februari).
Azirul mengetuai sepasukan anggota polis yang ditugaskan untuk meneliti rakaman CCTV dari klia2 dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Beliau berkata suspek-suspek tersebut meninggalkan Malaysia beberapa jam selepas kematian Jong-nam.
Polis berkata, rakaman CCTV menunjukkan Song Hac, Ji Hyon and Jae Nam tiba di KLIA sejam selepas Jong-nam disyaki diracun pada jam 9 pagi.
Tiga lelaki tersebut melalui pemeriksaan kastam dan keselamatan dengan mudah, sebelum menaiki pesawat mereka. Rakaman juga menunjukkan ketiga-tiga mereka tersenyum.
Rakaman lain menunjukkan James mendaftar masuk ke Hotel Sama Sama, yang berdekatan dengan KLIA, dua hari sebelum Jong-nam dibunuh. Selepas pembunuhan itu, James mendaftar keluar dan tiba di KLIA pada jam 4 petang.
Azirul tidak menyatakan ke mana suspek-suspek tersebut melarikan diri. Beliau berkata, identiti suspek diperolehi dari Cawangan Khas, tapi tidak memaklumkan bila beliau berbuat demikian.
Polis mengeluarkan waran tangkap ke atas keempat-empat suspek tersebut pada 18 Februari, iaitu lima hari selepas serangan itu.
Azirul berkata pasukan beliau meneliti rakaman CCTV dari 13 Februari hingga 2 Mac. Enam saksi mengenal pasti suspek, termasuk pegawai klia2, pemilik restoran Bibik Heritage, pekerja am Hotel Sama Sama dan pemandu parkir.
Jong-nam ialah abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. Beliau meninggal dunia semasa dibawa ke Hospital Putrajaya selepas disapu dengan bahan kimia di kios daftar masuk klia2.
Pakar kimia memberitahu mahkamah, kemungkinan besar bahan tersebut adalah agen saraf VX, sebuah senjata pemusnah besar-besaran yang diubah-suai.
Ketika disoal pendakwa raya Muhamad Iskandar Ahmad, Azirul berkata tandas yang diguna oleh Siti Aisyah dan Doan lebih kurang 200m dari hab pengangkutan, yang terletak satu aras di bawah.
Ketika ditanya mengapa tandas tersebut dipilih, Azirul berkata tertuduh perlu “mengikuti apa yang sudah dirancang”. Peguam-peguam pembela membantah kenyataan ini atas sebab ia adalah spekulasi dan andaian.
Hakim Azmi Ariffin membenarkan bantahan tersebut. – 6 November, 2017.
Komen