PULAU Pinang akan mendapat Sistem Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di bawah Bajet 2018, kata ahli majlis eksekutif negeri Chow Kon Yeow.
Choe (DAP-Padang Kota) yang mengetuai jawatankuasa tebatan banjir negeri berkata Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) dua minggu lepas memaklumkan kepadanya yang sistem itu akan dilaksanakan di Pulau Pinang di bawah bajet tahun depan.
“Sistem itu akan dilaksanakan tahun depan di tiga hingga empat sungai utama negeri,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi usul mengenai bencana banjir kilat yang telah dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri.
PRAB sudah dilaksanakan di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Dalam fasa keduanya, sistem itu akan diperkenalkan di Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Buat masa ini kata Chow, negeri hanya mempunyai laman web Penang Alert yang menunjukkan maklumat mengenai paras sungai, hujan serta maklumat lain yang berkaitan dengan bencana.
Beliau berkata platform berasaskan web mungkin mempunyai had tertentu dalam mendapatkan maklumat untuk disebarkan kepada orang ramai semasa bencana.
Beliau memberikan maklim balas kepada pelbagai cadangan Adun tentang menwujudkan sistem amaran yang berkesan semasa perbahasan mengenai usul tergempar mengenai banjir kilat di Pulau Pinang.
Chow juga menyeru kepada saluran khas untuk menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai semasa kecemasan yang menurutnya maklumat palsu mudah disebarkan di media sosial.
Kerajaan negeri juga katanya mengambil perhatian terhadap gesaan bantuan dan menubuhkan dana khas untuk membantu mangsa banjir.
Chow berkata Pulau Pinang “tidak akan tenggelam” dan akan membuktikan yang ia sebuah kerajaan yang berdaya tahan dalam menghadapi krisis banjir bersama pelbagai agensi kerajaan dan rakyat. – 6 November, 2017.
Komen