PENGERUSI Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB) Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes hari ini menafikan sebarang salah laku berhubung tuduhan rasuah melibatkan AirAsia dan Airbus.
Fernandes dan Kamarudin berkata mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa walaupun tidak diberi penjelasan berhubung tuduhan itu.
“Perjanjian ini dan kandungannya telah tiba tanpa sebarang rujukan kepada kami; tidak ada penjelasan diminta daripada kami. Ini adalah satu pelanggaran prinsip asas keadilan yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
“Kami secara mutlak menafikan apa-apa dan semua dakwaan salah laku atau salah laku di pihak kami sebagai pengarah AirAsia.”
Menurut mereka yang juga pengasas kepada syarikat penerbangan tambang murah itu, mereka tidak akan sesekali merosakkan syarikat yang mereka bina sehingga mencapai ke tahap hari ini.
“Justeru, lagi membantu siasatan bebas oleh AirAsia, kami melepaskan jawatan eksekutif kami berkuatkuasa serta merta untuk tempoh dua bulan atau satu tempoh lain yang dianggap sesuai,” kata mereka.
Menurutnya, mereka akan terus membantu AirAsia sebagai penasihat dan apabila diperlukan.
Sementara itu, syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Kamarudin dan Tony Fernandes akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB.
Berikutan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh industri syarikat penerbangan, sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah AAGB telah memutuskan untuk mengekalkan mereka sebagai penasihat kepada syarikat dalam tempoh dua bulan tersebut.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli bukan eksekutif lembaga pengarah
Tharumalingam Kanagalingam telah dilantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB. – 3 Februari, 2020.
Komen