Anwar enggan ulas mengenai kedudukan Baru Bian 


Desmond Davidson

Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR di Kuching, hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 1 Februari, 2020.

ANWAR enggan menjawab soalan sama ada beliau akan mengekalkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam Kabinet sekiranya menjadi perdana menteri.

“Biar saya jadi perdana menteri dahulu,” katanya yang juga bakal perdana menteri.

Menurutnya, persoalan berkenaan akan terjawab selepas itu.

Baru, yang juga menteri kerja raya serta penyokong pihak yang menentang Anwar dalam partinya, tidak hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR di Kuching yang mana Anwar merupakan tetamu kehormat.

Terdapat desas desus dalam parti itu yang menyaakan ahli perniagaan yang juga kawan rapat Anwar, Snd Chee Hua, cuba mendapatkan jawatan untuk anaknya Larry dalam Kabinet.

Sarawak kini diwakili Baru dan Pengerusi PH negeri Chong Chieng Jen dalam Kabinet.

Chong merupakan timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Mengenai pilihan raya negeri akan datang, Anwar berkata Pakatan “agak kukuh” untuk menghadapinya.

“Kita akan fokus dan bekerjasama untuk menghadapi pilihan raya negeri.

“Saya perlu berterima kasih kepada pengerusi PH Sarawak dan pasukannya kerana mereka dilihat lebih fokus pada pilihan raya negeri.” – 1 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen