Jika tawan 5 negeri, PAS berkuasa laksana undang-undang syariah


Diyana Ibrahim

KETUA Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika parti Islam itu berjaya memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia akan dapat membolehkan mereka melaksanakan undang- undang syariah di peringkat negeri.

“Cukuplah untuk saya gambarkan di sini, andai ditakdirkan pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen dan PAS berjaya tadbir minima lima negeri pada PRU14.

“Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-syariah di peringkat negeri,” katanya pada ucaptama Muktamar Dewan Pemuda di Kota Sarang Semut Kedah hari ini.

Dalam ucapan itu, Nik Abduh yang juga anak bekas mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkata parti Islam itu akan dapat meraih kemenangan minimum 40 kerusi menerusi sokongan Pemuda.

Beliau berkata PAS bersedia meletakkan lebih ramai calon anak muda dan menguasai 60% undi golongan muda pada PRU14.

Nik Abduh juga membayangkan PAS dapat menawan kembali Kedah yang dulu pernah ditadbir parti Islam itu sebelum PRU13. – 27 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen