MCA yakin undi masyarakat Cina akan kembali kepada Barisan Nasional sekaligus akan menyebabkan DAP kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Liow Tiong Lai.
“Rakyat tahu MCA ikhlas. MCA buat kerja. MCA mempunyai pasuakn yang kuat,” katanya kepada selepas tamat perhimpunan agung ke 64 parti berkenaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ditanya mengenai kerusi tambahan yang diyakini akan dimenangi parti itu, Liow lebih suka untuk merahsiakannya.
“Saya tidak perlu nyatakan kerusi mana, terutamanya dengan MCA yang komited untuk berkhidmat di kerusi yang kita ada,” katanya dan menambah beliau akan bertanding di Bentong lagi.
Beliau turut mengulangi keyakinan parti bahawa pengundi Cina akan kembali kepada Barisan Nasional.
“Kami menjalankan kaji selidik dari masa ke semasa. Setiap bulan, setiap minggu, kami jalankan kaji selidik di akar umbi dan mendapatkan maklum balas dari akar umbi.
“Jadi kami yakin undi ini akan kembali. Kami optimis,” kata Liow tanpa mengulas lanjut mengenai kaji selidik yang dijalankan.
“DAP hanya bermain politik dengan rakyat. Kali ini DAP akan tumbang.
“DAP tidak akan bertahan kerana mereka gagal dapatkan kepercayaan masyarakat Cina. Mereka gagal dengan teruk. Mereka banyak memberi janji tetapi tidak pernah tepati,” tambahnya.
Pada 2013, DAP memenangi 38 daripada 51 kerusi parlimen dan 95 daripada 103 kerusi negeri yang ditandingi sementara MCA mengalami kekalahan terus dengan hanya menang tujuh daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingi.
Awal hari ini, Perdana Menteri Najib Razak mencabar salah satu parti komponen Barisan Nasional untuk memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi parlimen untuk mendapatkan jawatan di kabinetnya.
“Dengan hanya tujuh kerusi parlimen, kamu tidak boleh dapat tiga menteri. Tidak boleh,” kata Najib, dan menambah MCA sepatutnya hanya ada satu jawatan menteri kabinet.
“Tetapi kami lakukan kerana kami mahu tunjukkan bahawa kami mendengar masyarakat Cina,” katanya kepada perwakilan MCA.
Najib meminta perwakilan untuk memberitahu masyarakat Cina untuk mengundi BN sekiranya mereka mahu perwakilan Cina yang kuat di kabinetnya.
Buat masa ini, Liow merupakan menteri pengangkutan, timbalan presiden MCA Wee Ka Siong adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri kedua.
Bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini memberitahu pengundi Cina pada pilihan raya 2013 mereka perlu mengundi BN atau tiada wakil untuk mereka di kabinet.
Namun begitu, pengundi Cina lebih cenderung mengundi Pakatan Rakyat pada 2013, dengan PR memenangi 2.92 juta undi daripada mereka manakala BN hanya menerima 661,469 undi.
Keseluruhannya, PR menang 52% daripada 11 juta undi pada 2013 namun hanya mendapat 89 daripada 222 kerusi parlimen berikutan struktur kerusi yang tidak seimbang dan sistem pengundian pertama di Malaysia.
Berikutan pilihan raya 2013, BN menyalahkan prestasi pilihan raya yang teruk kepada “tsunami Cina”, dengan lidah rasmi Umno Utusan Malaysia bertanya pada laporan muka depannya “Apa lagi Cina mau?”
Dr Chua kemudiannya mengulangi keputusan parti itu untuk jawatan kerajaan pada lewat tahun 2013, mendakwa pengundi Cina menderita akibatnya.
Enam bulan selepas Liow mengambil alih MCA pada Disember 2013 daripada Dr Chua, MCA kembali dalam kabinet Najib dengan dua menteri dan tiga timbalan menteri. – 5 November, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan