Masa depan pekebun kecil semakin malap


Sheridan Mahavera

Rahman Sarip dan isteri adalah salah seorang pekebun kecil yang kini berdepan kesukaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Februari, 2020.

RAHMAN Sarip yang mempunyai masalah penglihatan pada mata kirinya akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-80 dua tahun lagi.

Beliau adalah antara pekebun kecil persendirian yang menanam kira-kira 40% kelapa sawit di Malaysia tetapi menyaksikan sumber pencarian keluarganya itu semakin hilang.

Rahman bangun setiap pagi dan memandu ke estet kelapa sawitnya seluas 30 hektar untuk memastikan tiada pekerja tidak mencuri buah, yang dijual untuk menambah pendapatan selain pencen kecil yang diperolehinya sebagai pesara guru.

Beliau kemudian memandu lebih jauh ke Kuala Selangor untuk memantau kira-kira 60 ladang lain yang secara kolektif dimiliki oleh adik-beradiknya yang turut membantu mereka mendapatkan wang tambahan.

Tiada seorang pun daripada anak-anaknya, yang kini berusia dalam lingkungan 50-an dan 40-an sanggup mengambil alih tugasnya, begitu juga cucu.

Sektor minyak sawit menyumbang 4.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan RM67.5 bilion atau 52.8% daripada pendapatan eksport pada 2018, menurut kerajaan.

Pendapatan pekebun kecil memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta orang dalam keluarga masing-masing.

Pekebun kecil persendirian paling muda berusia sekitar 50-an manakala umur purata kebanyakan mereka adalah 70 tahun.

Semasa tahun 80-an dan 90-an, ketika Malaysia menjadi pengeluar utama minyak makan - yang turut digunakan dalam kosmetik, biskut dan coklat - pekebun seperti Rahman biasanya mampu memperoleh puluhan ribu sebulan.

Hari ini, perubahan dalam pasaran minyak sawit dunia, peraturan lebih ketat, pasaran pekerja yang berbeza dan perubahan tingkah laku pengguna menyaksikan ia semakin berakhir kepada pekebun kecil dan mata pencarian mereka.

Melainkan kerajaan dan industri membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan, pekebun kecil percaya cara hidup mereka akan berkubur.

“Harus ada model baru untuk pekebun kecil persendirian kerana masa depan bukan pada anak-anak dan cucu yang akan mewarisi ladang daripada generasi saya,” kata Rahman, dari Ijok, sebuah bandar perladangan di luar Lembah Klang.

“Sebagai contoh, saya mempunyai 30 ekar tetapi apabila saya meninggal dunia kelak, ladang 30 ekar ini perlu dibahagikan antara lima anak saya. Masing-masing akan mendapat enam ekar,” jelas Rahman kepada The Malaysian Insight. 

Masalahnya, ia tidak menjimatkan kos untuk menanam kelapa sawit atas tanah kecil seperti  itu.

Bagi menjadikan ia lebih komersil, waris Rahman perlu mencari pemilik ladang berdekatan dan bersama-sama membuat ladang seluas hingga 40 hektar. – 7 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen