SURUHANJAYA Perkhidmatan Air (Span) memberi amaran kepada kawasan berkepadatan tinggi untuk bersiap sedia menghadapi kekurangan bekalan air.
Walaupun tahap empangan di Selangor dan Johor kelihatan mencukupi ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Span) memberitahu The Malaysian Insight bahawa penduduk tidak boleh dibiarkan berfikir bahawa mereka tidak akan kekurangan bekalan air.
Ini kerana kenaikan penggunaan air yang dirawat meningkat apabila suhu naik menyebabkan air empangan berkurangan lebih cepat dan sebelum musim kering tamat, kata Pengerusi Span Charles Santiago.
Keadaan sedemikian terjadi pada tahun lalu, apabila sebahagian kawasan dalam negara terpaksa memulakan catuan kerana air di empangan utama menjadi kurang kerana musim kering.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berkata suhu tinggi di bahagian utara Semenanjung dan bahagian Pahang dan Kelantan dijangka bermula dari bulan Februari hingga April.
Bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan utara Perak yang menghadapi isu bekalan air, kerajaan negeri harus memerintahkan untuk sementara waktu untuk semua perniagaan mencuci kereta menghentikan operasi dan mengarahkan perniagaan tersebut mengitar semula air, kata Santiago.
“Corak hujan kini tidak menentu kerana perubahan iklim dan fenomena cuaca yang lebih menekan. Musim kering bertahan lebih lama dan apabila turun hujan, ia mengalir dan banjir,” kata Santiago.
“Oleh itu, kita tidak boleh berehat selama musim kemarau dan hanya berharap hujan turun,” kata Santiago sambil menambah bahawa ini adalah sikap umum rakyat Malaysia berhubung penggunaan air terawat.
Tidak seperti perkhidmatan elektrik dan telekomunikasi, rakyat Malaysia cenderung untuk mengambil air terawat kerana salah faham bahawa negara mengalami banyak hujan.
Tetapi sikap ini mengabaikan hakikat bahawa air hujan perlu dikumpulkan agar ia dirawat dan tidak memikirkan kos tinggi untuk memproses air tersebut.
“Hanya kerana hujan di kawasan anda, ini tidak bermakna hujan di kawasan tadahan air di mana semua air mentah kita berasal,” kata Santiago.
“Rakyat Malaysia tidak boleh menganggap bahawa hanya kerana hujan akan ada air dalam paip mereka.” – 25 Januari, 2020.
Komen