KEMENTERIAN Kesihatan menarik semula keputusan untuk menamatkan perkhimatan empat doktor muda di hospital besar Sibu selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Ketua Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata perkara itu telah diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan dengan melanjutkan kontrak kesemua pegawai perubatan terlibat.
“Saya membawa perkara ini kepada Lim Guan Eng yang kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
“Kementerian Kesihatan hari ini membuat keputusan untuk melanjutkan keputsan semua pegawai perubatan itu,” kata Chong dalam satu kenyataan.
Chong yang merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Domestik, tidak mengulas lanjut sebab kementerian itu menarik semula keputusan atau tempoh lanjutan kontrak doktor tersebut.
Susulan ditamatkan kontrak pada November lalu, dua daripada doktor terbabit, Dr Wong Woan Hui, 29, dan Dr Bong Ing Hui, 30, mengadu masalah mereka kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang merupakan musuh politik PH Sarawak.
Wong yang ditugaskan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) manakala Bong di Jabatan Pediatrik, sebelum ini berkata mereka tidak diberikan sebab kontrak mereka ditamatkan.
Beliau kemudiannya menyalahkan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian yang memantau hal-hal berkaitan kesihatan di negeri itu.
Chong berkata jika Sim lebih berhati-hati, kontraik pegawai perubatan itu dilanjutkan sebelum tamat tempoh.
Minggu lepas, Sim berkata perkara yang berlaku terhadap doktor muda itu bukan sekadar penamatan kontrak tetapi ditamatkan lebih awal dalam menjalani latihan pakar.
Beliau berkata Wong hanya lulus bahagian 1 ujian Keahlian Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi pada Februari 2018 manakala Bong hanya lulus bahagian satu dalam cubaannya menjadi Ahli Kolej Diraja Fizik (MRCP-Pediatrik) pada 2018.
Untuk layak menduduki ujian akhir, pegawai perubatna perlu berkhidmat di hospital tidak kurang empat tahun.
Sim berkata Kementerian Kesihatan perlu mempertimbangkan memperbaharui kontrak doktor itu ekoran masalah kekurangan pakar di Sarawak.
Disebabkan isu itu, Sim berkata Sarawak perlu mengambil semula kuasa autonomi berhubung hal-hal kesihatan.
Minggu lalu juga Dr Dzulkefly berkata beliau akan mengarahkan kementeriannya menjalankan siasatan bagi mencari punca kontrak empat doktor itu tidak diperbaharui. – 23 Januari, 2020.
Komen