5 dihukum penjara di Mexico kerana seludup pendatang


LIMA lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun setengah kerana menyeludup sejumlah 785 migran tidak berdokumen dalam trak kargo, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Umum pada Rabu.

Dua daripada mereka disabitkan dengan kesalahan mengangkut 396 migran manakala tiga lagi mengangkut 389 migran, menurut kenyataan itu.

Mereka ditahan pada Jun dalam satu operasi jalan raya di negeri Veracruz.

Pada separuh akhir 2019, pihak berkuasa Mexico menahan 276 orang kerana menyeludup migran dengan trak kargo, bas atau kereta, menurut laporan Institut Imigresen Negara.

Kebanyakan migran Amerika Tengah itu, yang melarikan diri daripada kemiskinan dan jenayah keganasan, dikenakan bayaran sehingga AS$5,600 seorang untuk dibawa ke sempadan Amerika Syarikat, kata Kementerian Dalam Negeri. – Bernama, 23 Januari, 2020.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen