Najib tak pernah tanya penderma Arab selepas pulangkan AS$620 juta


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan SRC International, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2020.

NAJIB Razak tidak pernah mengesahkan sendiri dengan Raja Abdullah Al-Saud dari Arab Saudi sekiranya keluarga diraja itu ada menerima AS$620 juta yang dipulangkan pada 2013 yang didakwa sebagai baki derma, mahkamah diberitahu hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau memulangkan duit berkenaan menerusi akaun AmBank peribadinya yang berakhir dengan digit “694” kepada Tanore Finance Corp, yang dipercayai dikawal penuh oleh penyumbangnya.

Jumlah tersebut dikeluarkan beberapa bulan selepas pilihan raya umum 2013 yang diadakan pada Mei.

Ahli Parlimen Pekan disoal balas oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram hari ini, sama ada beliau sedar Tanore dikaitkan dengan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, atau Jho Low, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat.

Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan hubungan antara Tanore dan Low, dan berkata semua yang diketahuinya berdasarkan laporan berita.

Sithambaram: Wang yang anda pulangkan adalah jumlah yang sangat besar, tidakkah lebih wajar untuk mengesahkannya semula dengan orang yang anda hantar surat itu (berhubung hasrat untuk mengembalikan sumbangan itu)?

Najib: Tidak, kerana beliau dilantik oleh keluarga diraja.

Sithambaram: Apa maksud kamu dilantik?

Najib: Beliau berurusan dengan Putera Turki.

Sithambaram: Raja memberitahu kamu? Bagaimana anda mengetahuinya? – 23 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen