Bukan indoktrinasi, hanya ajar pelajar proses pilihan raya, kata SPR


Noel Achariam

Election Commission chairman Azhar Azizan Harun (right) briefing officials about the new module in school about the election process. – The Malaysian Insight pic by Afif Abd Halim, 22 Januari, 2020.

PENDIDIKAN pilihan raya di sekolah tidak akan membabitkan “indoktrinasi” pelajar, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini.

SPR menyediakan modul tentang simulasi pilihan raya untuk pelajar sebagai sebahagian perjanjiannya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia tahun lalu bagi memasukkan pendidikan pilihan raya dalam kurikulum sekolah.

“Modulnya sudah siap dan ia akan didedahkan kepada umum supaya tidak ada dakwaan mengatakan kami cuba indoktrinasi pelajar.

“Kami bukan mahu indoktrinasi sesiapa, tetapi kami mahu mendidik mereka,” katanya di Putrajaya.

SPR akan ke 2,400 sekolah untuk memperkenalkan modul itu, dan pada masa sama mengajar pelajar tentang proses mengundi.

Langkah itu susulan Parlimen membenarkan pindaan perlembagaan tahun lalu dibuat untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.

Berikutan rang undang-undang berkenaan diluluskan, pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, individu berusia 18 tahun akan layan mengundi, dan mereka akan didaftarkan secara automatik. – 22 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen