Subsidi petrol bersasar beri kesan minimum terhadap penggunaan swasta


Sheridan Mahavera

Kebimbangan tentang harga petrol RON 95 akan melonjak tahun ini dan menyebabkan kenaikan kos sara hidup antara sebab PSP ditangguhkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Januari, 2020.

KENAIKAN harga petrol selepas berakhirnya subsidi dijangka menjejaskan perbelanjaan penggunaan swasta yang menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini, kata badan pemikir.

Secara sejarahnya, kepenggunaan domestik swasta akan masih berkembang apabila inflasi meningkat apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, kata Pusat Penyelidikan Sosioekonomi (SERC).

Kebimbangan tentang harga petrol RON 95 akan melonjak tahun ini dan menyebabkan kenaikan kos sara hidup antara sebab mengapa kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan program subsidi petrol bersasar (PSP).

PSP sepatutnya dimulakan bulan ini di mana hanya rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima subsidi itu.

Pada masa ini, subsidi petrol dinikmati semua orang termasuk rakyat Malaysia yang kaya, menerusi harga siling untuk RON 95 pada RM2.08 sen per liter.

SERC menjangkakan jika PSP tidak dilaksanakan, kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM4.8 bilion tahun ini untuk harga siling RON 95.

Sebaik saja PSP bermula, harga RON 95 akan diapungkan mengikut kadar pasaran, sama seperti petrol RON 97 yang lebih mahal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Januari, 2020.

Secara perbandingan, PSP yang akan bernilai RM65.4 juta sebulan atau RM784.8 sejuta pada 220, akan dinikmati oleh hanya lapan juta penunggang motosikal dan golongan berpendapatan rendah B40 dan kumpulan berpendapatan sederhana M40.

Sebaik saja PSP bermula, harga RON 95 akan diapungkan mengikut kadar pasaran, sama seperti petrol RON 97 yang lebih mahal.

SERC meramalkan inflasi akan naik sehingga 2% tahun ini, sebahagiannya kerana PSP.

“Inflasi dianggarkan meningkat 2.0% pada 2020 daripada anggaran 0.7% pada 2019,” kata Pengarah Eksekutif SERC Lee Heng Guie kepada The Malaysian Insight. 

Selain PSP yang mungkin dilaksanakan pada separuh kedua 2020, inflasi akan naik kerana gaji minimum lebih tinggi, cukai digital, kemungkinan kenaikan tarif air dan yuran konsultasi perubatan yang lebih tinggi, kata Lee.

Tetapi katanya, kadar inflasi masih boleh ditangani dan walaupun pengguna dijangka berbelanja dengan lebih berhati-hati, kepenggunaan masih dijangka berkembang 6.7% berbanding 7.2% pada 2019.

Antara 2011 dan 2018, kepenggunaan bertumbuh dengan purata 7% setiap tahun. – 21 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen