Kematian pelajar tahfiz diklasifikasi kes bunuh, kata KPN


Muzliza Mustafa

SIASATAN kematian pelajar  lelaki berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi hari ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

Khalid mengumumkannya di Twitter petang ini berikutan kematian kanak-kanak malang itu kira-kira pukul 2 petang tadi.

Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan perubatan kanak-kanak itu dan memulakan siasatan serta-merta.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Thaqif dan memberi jaminan kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penolong warden sekolah tahfiz berusia 29 tahun itu ditahan pada Sabtu kerana didakwa memukul kanak-kanak itu selepas dia dimasukkan ke hospital, di mana kedua belah kakinya dipotong kerana jangkitan.

Beliau dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan untuk memotong lengan kanannya tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kondisi jantungnya yang lemah.

Mengikut laporan, pembantu warden itu adalah bekas banduan yang pernah menjalani hukuman kerana kesalahan pecah rumah. – 26 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen