Malaysia akan guna saluran diplomatik selesai sekatan minyak sawit India


Sheridan Mahavera

Malaysia juga akan meluaskan pasaran baharu untuk mengeksport minyak sawit, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2020.

MALAYSIA akan menggunakan saluran diplomatik untuk mengatasi sekatan import mintak sawit dikenakan pengimport terbesar komoditi itu India, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Tambahnya, kerajaan juga akan membuka pasaran baharu untuk komoditi itu.

Uzbekistan, Kazakhstan, Nigeria, Afrika Selatan, Pakistan dan Arab Saudi adalah antara pasaran baharu yang sedang diintai Malaysia untuk eksport minyak sawit keluaran Malaysia, kata Kok lagi.

Kenyataan Kok itu dibuat selepas India mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis dalam usaha yang didakwa cuba membantu pengeluar minyak sayur-sayuran di negara itu.

Sekatan itu bagaimanapun tidak menjejaskan eksport minyak sawit mentah ke negara Asia Selatan itu.

“Kami sedang berhubung dengan pegawai dan pihak berkepentingan untuk mencari kaedah terbaik menangani isu ini. Kami juga sedang meluaskan pasaran baharu untuk eksport,” kata Kok kepada wartawan selepas pelancaran seminar industri minyak sawit di Kuala Lumpur, hari ini. – 16 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen