Jualan kenderaan di Malaysia dijangka berkembang tahun ini, kata penganalisis


The Malaysian Insight

Jualan kenderaan di Malaysia dijangka berkembang 1% tahun ini kepada 608,790 unit kerana keyakinan pengguna dan pelancaran produk baharu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2020.

JUALAN kenderaan di Malaysia dijangka berkembang 1% tahun ini kepada 608,790 unit kerana keyakinan pengguna dan pelancaran produk baharu, kata syarikat penganalisis pasaran Frost and Sullivan.

Rakan sekutu Frost & Sullivan Vivek Vaidya berkata pelancaran produk baharu tahun ini akan membawa kepada jumlah keseluruhan industri (TIV) 608,790 unit berbanding 602,762 unit tahun lalu.

TIV untuk 2018 dan 2017 ialah masing-masing 598,714 dan 576,635.

“Model baharu yang menawarkan ciri sambungan pintar seperti akses kenderaan jauh menerusi aplikasi telefon pintar akan menarik minat pengguna dan akan melonjak pembelian,” katanya dalam laporan jangkaan industri 2020 untuk syarikat itu.

Bagaimanapun, industri itu akan tetap berdepan cabaran daripada ketidaktentuan global susulan penangguhan berterusan dasar automotif nasional (NAP), kata Vaidya yang juga naib presiden kanan syarikat itu.

Konflik Iran-Amerika Syarikat juga akan memberi kesan jangka panjang dalam membuat keputusan pelaburan, katanya. – 15 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen