LANGKAH Sabah mematuhi sepenuhnya sijil kestabilan minyak sawit (CSPO) menjelang 2025 adalah untuk memastikan kelangsungan sektor ini, kata Pengarah Perhutanan negeri Sam Mannan.
Tindakan itu juga akan menjadikan Sabah yang pertama di dunia mengambil dan mengamalkan kaedah CSPO, dengan Kabinet negeri meluluskan resolusi pada 25 Oktober 2015.
Sebahagian daripada keputusan itu juga berdasarkan pengalaman negeri mengenai kejatuhan industri kayu Sabah pada 1990-an, menyebabkan kerajaan membayar jumlah yang besar kerana tidak mempunyai pensijilan Forest Stewardship Council selama enam bulan.
Negara-negara Eropah enggan membeli balak dari Malaysia menyebabkan Sabah kehilangan jutaan ringgit.
Sam berkata keputusan mengguna pakai CSPO berbanding skim pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) kerana hal tanah adalah tanggungjawab negeri yang termaktub dalam hak istimewa Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
“Perhutanan di Sabah dan Sarawak adalah 100% di bawah kerajaan masing-masing. Jadi (untuk pensijilan) kita memilih apa yang kita fikir paling baik untuk negeri ini,” katanya.
Keputusan Sabah susulan resolusi tidak terikat Parlimen Eropah pada April lalu untuk menghalang minyak sayur-sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 berhubung kebimbangan mengenai penebangan hutan.
Ini termasuk minyak kelapa sawit, komoditi penting di Sabah, yang menghasilkan 30% daripada bekalan Malaysia, dengan 12.8% hasil diperoleh daripada pekebun kecilnya.

Usul Parlimen Eropah menggesa satu skim CSPO bagi kelapa sawit Eropah dan eksport minyak sayur-sayuran lain.
Bagaimanapun, resolusi Parlimen Eropah menerima reaksi negatif di Indonesia dan Malaysia, yang menyumbang 90% daripada bekalan minyak sawit global.
Pada Isnin, media melaporkan Naib Presiden Persidangan Parlimen Asia-Pasifik mengenai Persekitaran dan Pembangunan (Appced), Marcus Mojigoh berkata resolusi itu dijangka akan disahkan Parlimen Eropah bulan ini.
Ini memungkinkan negara-negara Eropah meluluskan undang-undang untuk menyekat minyak sawit dari Malaysia.
Mojigoh yang juga ahli Parlimen Putatan berkata negara boleh kehilangan RM10 bilion dalam eksport minyak sawit jika resolusi itu disahkan.
Ahli Parlimen itu tidak menyebut mengenai inisiatif CSPO di Sabah, dengan memberi tumpuan sama ada Parlimen Eropah menolak bentuk pensijilan lain, seperti desakan kerajaan persekutuan agar mematuhi sepenuhnya pensijilan MSPO menjelang 2019.
Bagaimanapun, kenyataan Delegasi Kesatuan Eropah Kesatuan Eropah ke Malaysia menafikan resolusi itu akan disahkan.
Mojigoh adalah sebahagian daripada jawatankuasa bipatisan Parlimen Malaysia yang berbincang dengan Parlimen Eropah di Brussels dari 13-21 Oktober lalu. – 3 November, 2017.
Komen