MENTERI Besar Selangor Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri hari ini mengumumkan sejumlah RM3.12 bilion diperuntukkan untuk belanjawan negeri itu.
RM1.66 bilion daripada jumlah itu akan diperuntukkan bagi pembangunan Selangor, iaitu kenaikan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya.
Pejabat menteri besar dan sekretariat negeri menerima peruntukan sebanyak RM1.202 bilion, perbendaharaan negeri (RM2.3 juta), jabatan pertanian negeri (RM19 juta), jabatan perhutanan negeri (RM7 juta) dan jabatan kerja raya negeri (RM200 juta).
Jabatan pengairan dan saliran negeri menerima RM114 juta, Jabatan Agama Islam Selangor (RM106 juta), jabatan pembangunan bandar dan luar bandar negeri (RM3.08 juta)dan perkhidmatan veterinar negeri (RM6.6 juta).
Ketika membentangkan belanjawan hari ini, Azmin berkata Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan pembuatan kedua terbesar, dengan 222 projek bernilai RM7.88 bilion atau 22.7% daripada jumlah pelaburan pembuatan pada tahun lepas.
Azmin berkata Selangor terus menarik masuk pelaburan termasuk pusat pengedaran dan pembekalan serantau IKEA Supply Malaysia Sdn Bhd yang terbaharu dan pusat pembekalan yang ketiga terbesar di dunia di Pulau Indah.
Inflasi dicatatkan pada 4.3% dan 4% masing-masing pada suku pertama dan kedua disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.
Menurut Azmin lagi, harga barangan telah meningkat dengan menyebut harga ikan kembung naik 11% berbanding tahun lepas.
“Seperti juga belanjawan negara ‘ibu segala belanjawan’, GST adalah ibu kepada segala punca menyebabkan kos hidup di seluruh negara meningkat,” kata Azmin.
Kos pengangkutan kata Azmin meningkat 15.8% disebabkan kenaikan kos bahan api.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata pertumbuhan ekonomi dijangka berada pada 5.5% hingga 6.0% pada 2018, berbanding 5.0% hingga 5.5% pada 2017.
Sektor perkhidmatan pada 2017 dijangka menyumbang 59.7% KDNK negeri, sementara sektor pembuatan dijangka menyumbang sebanyak 28.8%.
Selangor kekal destinasi utama bagi pelaburan kerana keyakinan terhadap tadbir urus dan ketelusan kerajaan negeri,” kata Azmin.
“Keyakinan pelabur kekal penting bagi Selangor untuk mengelakkan ketidaktentuan ekonomi global… terutamanya dasar luar negara pentadbiran (Donald) Trump dan isu-isu berkaitan Brexit yang tidak selesai.”
Merujuk kepada pelaburan asing ke dalam negeri sebanyak RM7.88 juta berbanding RM6.5 bilion pada 2016.
“Tidak seperti Putrajaya, kerajaan Selangor tidak perlu ke White House untuk menyembah kepada kuasa asing (untuk pelaburan),” kata Azmin.
Beliau melaporkan sehingga 31 Oktober, tabung negeri mengumpul RM3.24 bilion.
Kerajaan negeri pada 31 Oktober tahun ini mengumpul RM2.5 bilion iaitu RM626 juta daripada cukai.
Sebagai bandingan, kerajaan negeri mampu mengumpul sebanyak RM2.5 bilion sepanjang 2016.
Selangor akan mencatat defisit sebanyak RM870 juta pada 2018, iaitu RM30 juta lebih
dari yang diramalkan tahun ini.
Kerajaan negeri kini berada di peringkat akhir menandatangani usahasama pembangunan bernilai RM2.1 bilion dengan firma Jepun di Kuala Langat.
Selangor memperuntukkan RM32.4 juta bagi pembinaan jalan raya yang meliputi: Kajang ke Kg Pasir, Sungai lalang (RM1.3 juta), Sg Kelambu ke Genting Sanyen (RM1 juta), Sg Kundang, jambatan Gombak (RM6 juta), Kg Rantau, jambatan Panjang (RM5 juta) dan menaik taraf Sg Rasah, Klang (RM3.7 juta).
Azmin turut menyentuh Skim Smart-Sewa iaitu penyewa berpendapatan rendah yang telah menyewa antara dua dan lima tahun boleh memindahkan 30% daripada sewa mereka untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan pembelian rumah.
Skim yang telah dilancarkan pada 2016 itu akan mendapat kenaikan peruntukkan dari RM10 juta kepada RM100 juta, dan akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd.
Tambah Azmin, sebanyak 861 buah rumah kos rendah kini dimiliki Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sebnayak RM30 juta bagi menggantikan lif-lif lama di bawah program SMART LIFE.
Tunggakan perumahan kos rendah yang berjumlah RM5.7 juta sejak 2011 juga akan dilupuskan, kata Azmin.
Program mengecat semula 138 blok perumahan kos rendah berjumlah RM20 juta juga akan dilaksanakan pada tahun depan.
Sebanyak 136 unit rumah dengan kos RM97,000 sebuah akan dibangunkan di Felda Sg Tengi Selatan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Sementara itu, RM44.1 bilion telah diperuntukkan bagi program kesihatan kerajaan negeri iaitu Peduli Sihat, yang memberi manfaat kepada 600,000 orang melalui pemberian 149,382 kad.
Pendidikan tinggi pula menerima peruntukan sebnayak RM181.98 bilion.
Bagi ibu-ibu berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000, mereka akan menerima RM2,400 setahun di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor.
Azmin juga mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi meningkatkan keselamatan kebakaran 44 buah sekolah tahfiz di seluruh Selangor.
Cukai perniagaan dan cukai perlesenan bagi 2018 berjumlah RM70 juta turut dilupuskan.
Dana bagi pembangunan komuniti kesejahteraan untuk semua Adun berjumlah RM200,00 juga akan diberi, juga kenaikan peruntukan bagi 371 buah kampung iaitu setiap satu menerima dari RM10,000 kepada RM20,000. – 3 November, 2017.
Komen