Amanah kecewakan Pakatan, kata ahli akademik


Chan Kok Leong

Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata Amanah gagal menangani retorik agama dalam kalangan Melayu kelas pertengahan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2020.

PARTI paling kecil dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Amanah yang salah kerana kalah dalam perang terhadap konservatisme Islamik, kata ahli akademik pada satu forum malam tadi.

Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi yang juga ahli DAP berkata Amanah gagal menangani retorik agama dalam kalangan Melayu kelas pertengahan.

“Saya salahkan Amanah. Mereka ada ketika kita menang pilihan raya dan saya katakan Islam akan jadi barisan depan pertempuran. Dan sekarang kita ada masalah besar kerana konservatisme Islamik dan Islamofobia,” kata profesor di Universiti USCI itu.

“Melayu kelas pertengahan berakar umbi dalam retorik agama. Dan ini semua salah Amanah. Mereka jadi barisan depan untuk menganjurkan Islam yang lebih moderat,” katanya.

Tajuddin, bercakap pada forum “Perlukah Malaysia tunggu hingga November untuk peralihan kuasa?” di Bangsar malam tadi, berkata Amanah yang juga parti serpihan PAS, sepatutnya mampu membina kekuatan yang cukup untuk menyebarkan pengaruhnya selepas Pakatan Harapan menang kuasa persekutuan pada 2018.

“Kita faham bila mereka berpecah daripada PAS mereka kuasa yang sangat lemah tetapi bila mereka di dalam kerajaan dan diberikan kuasa, saya jangkakan mereka turun ke medan tempur yang sedang berlawan di kumpulan WhatsApp dan masjid-masjid.

“Jika mereka tidak turun padang, sekurang-kurangnya sediakan barisan kedua pemimpin. Siapa pemimpin barisan kedua mereka selain yang ada empat atau lima orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada forum yang turut dihadiri Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Tg Malim Chang Lih Kang. – 14 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen