Mahkamah Pakistan batal hukuman mati Musharraf, kata pendakwa 


Pervez Musharraf dijatuhi hukuman berkenaan selepas didakwa menggantung perlembagaan dan mengenakan peraturan darurat pada 2007.– Gambar EPA, 13 Januari, 2020.

MAHKAMAH Pakistan pada Isnin membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pemerintah tentera Pervez Musharraf, yang memutuskan mahkamah khas yang menjatuhkan hukuman berkenaan atas dakwaan pengkhianatan adalah tidak berperlembagaan, kata pendakwa raya kerajaan.

Hukuman berkenaan menjadikan yang pertama dihadapi oleh bekas pemimpin tentera Pakistan kerana pengkhianatan, yang mana tentera masih menjadi pengaruh kuat dan pegawai kanannya dianggap kebal daripada pendakwaan.

Ia mencetuskan kontroversi, dengan Musharraf—yang dibuang negeri ke Dubai—membidasnya serta pihak tentera turut menyatakan kekecewaannya. 

Mahkamah Tinggi ti timur Lahore itu memutuskan ia sebagai “tidak sah” pada Isnin.

“Pemfailan aduan, perlembagaan mahkamah, pemilihan pasukan pendakwaan adalah tidak sah, disiytiharkan tidak sah…Dan akhirnya penghakiman penuh telah diketepikan,” kata pendakwa raya yang mewakili kerajaan, Ishtiaq A. Khan, kepada AFP. 

“Ya, beliau adalah bebas. Kini tiada lagi pendakwaan ke atasnya,” tambah Khan.

Peguam Musharraf, Azhar Siddique turut memberitahu media di luar mahkamah di Lahore bahawa ia “membatalkan segalanya”.

Pihak pendakwaan kini mempunyai pilihan untuk failkan kes baharu terhadap Musharraf dengan kelulusan kabinet persekutuan. 
 
Perbicaraan kes pengkhianatan, yang bermula pada 2013 dan satu-satunya kes melibatkan Musharraf susulan keputusannya untuk menggantung perlembagaan dan mengenakan peraturan darurat pada 2007.

Musharraf mengambil alih kuasa selepas menggulingkan Perdana Menteri Nawaz Shariff pada 1999.– AFP, 13 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen