G25 gesa perkukuh Majlis Raja-Raja untuk pentadbiran Islam lebih baik


Sheridan Mahavera

Mengukuhkan Majlis Raja-Raja merupakan satu daripada usul G25 dalam kajiannya terhadap masalah melibatkan pentadbiran Islam di negara ini yang menyaksikan tercetusnya beberapa kontroversi dalam tempoh dua dekad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Januari, 2020.

MAJLIS Raja-Raja perlu diperkukuhkan supaya ia boleh berfungsi secara efektif sebagai pentadbiran hal ehwal Islam seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini antara sebahagian pembaharuan yang diusulkan G25 Malaysia dalam penilaiannya terhadap masalah yang dihadapi institusi itu dalam menguruskan hal berkaitan Islam dan rakyat Islam di negara ini.

G25 Malaysia berkata pembaharuan ini perlu dilakukan memandangkan sesetengah hal ehwal Islam dikendalikan oleh agensi kerajaan seperti Jakim yang tidak berpelembagaan dan bermasalah.

Kumpulan itu dalam buku terbarunya bertajuk  “Administration of Matters Pertaining to Islam” berkata tindakan meluaskan peranan Majlis Raja-Raja akan meletakkan pentadbiran Islam di landasan yang betul.

“Memandangkan Islam adalah hal negara dengan Raja-Raja sebagai ketua Islam di negari masing-masing, Majlis Raja-Raja perlu memainkan peranannya dengan lebih berkesan dan aktif dalam semua perkara yang berkaitan dengan amalan Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” tulis G25 Malaysia.

“Bagi menjadikan majlis itu lebih efektif, ia harus disokong oleh jentera pentadbiran dan proses pemerintahan seperti dalam agensi lain yang melaksanakan pemantauan menerusi Perlembagaan.

“Majlis Raja-Raja perlu menerima bajet yang sesuai dan peruntukan serta operasinya perlu telus seperti mana-mana agensi kerajaan.”

Kata G25 Malaysia, sekretariat majlis itu mestilah memiliki pakar mengenai masalah perlembagaan, agama, kewangan dan tadbir urus untuk membolehkan majlis itu membuat keputusan yang baik.

Mengukuhkan Majlis Raja-Raja merupakan satu daripada usul G25 dalam kajiannya terhadap masalah melibatkan pentadbiran Islam di negara ini yang menyaksikan tercetusnya beberapa kontroversi dalam tempoh dua dekad lalu.

Buku terbaru G25 mencadangkan tujuh cadangan utama untuk pentadbiran Islam yang lebih baik di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Januari, 2020.

Ini termasuk tindakan pihak berkuasa Islam menyekat kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan dan ritual mereka termasuk merampas kitab Bible dan penukaran agama sebelah pihak bagi kanak-kanak bukan Islam.

Kata G25 Malaysia, kurang ketelusan dan kepelbagaian pandangan dalam membuat undang-undang Islam telah membawa kepada amalan diskriminasi kepada wanita dan kanak-kanak Islam.

Selain itu kata kumpulan itu, kurang penjelasan tentang tanggungjawab kerajaan negeri atau persekutuan dalam pendidikan agama menyebabkan kewujudan sekolah swasta seperti tahfiz dan pondok yang tidak selamat untuk kanak-kanak.

Bagi mengatasi masalah itu, G25 menyenaraikan tujuh cadangan termasuk mengukuhkan Majlis Raja-Raja

Penstrukturan semula Majlis Raja-Raja akan seiring dengan kajian menyeluruh terhadap institusi pentadibiran Islam seperti Jakim dan Institut Kajian Strategik Islam (Iksim). – 11 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen