KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata beliau “tidak tahu” mengapa ahli politik Sarawak Jeffrey Kitingan dihalang masuk negeri itu.
Kitingan sepatutnya mempengerusi mesyuarat Organisasi Dayak Antarabangsa (DIO) di Kuching semalam, sebelum berucap di forum anjuran Gerakan untuk Perubahan Sarawak, tengahari ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Sarawak menolak permohonan untuk kemasukan khas yang dibuat awal minggu ini.
“Bila dia datang?” tanya Abang Johari kepada wartawan malam tadi, sebagai balasan kepada soalan mengapa Kitingan dihalang masuk.
Ini bukanlah kali pertama presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) itu dihalang masuk Sarawak. Beliau pertama kali dihalang pada 2017.
“Lagipun dia kan dalam senarai hitam (Imigresen),” kata Abang Johari yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), semalam.
Beliau bagaimanapun berjanji akan meneliti sebab halangan itu. – 11 Januari, 2020.
Komen