TRANSKRIP: Najib minta putera mahkota UAE bantu Riza Aziz


Chan Kok Leong

Perbualan antara Najib Razak dan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al Nahyan dirakam dalam dua rakaman yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Januari, 2020.

DALAM rakaman perbualan telefon antara Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al Nahyan dengan Najib Razak, bekas perdana menteri meminta bantuan supaya satu pinjaman diaturkan bagi pihak anak tiri lelakinya, Riza Aziz susulan saman lucut hak Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat pada 2016.

Pada Julai 2016, DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas harta bernilai AS$3.5 bilion (RM14.35 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Saman difailkan di Los Angeles, untuk merampas aset “yang terlibat dalam konspirasi antarabangsa untuk menyeleweng wang 1MDB”.

Selain Riza, DoJ turut menamakan ahli perniaagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Perbualan antara Najib dan Putera Mahkota Mohammed dirakam dalam dua rakaman yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perbualan berlaku pada 22 Julai 2016, pada waktu berbeza. – 8 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen