SEBUAH pesawat MASwings tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang di Miri petang semalam.
Dalam kejadian itu, kesemua 14 penumpang dan dua kru penerbangan tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor Sarawak Update.
Gambar yang disiarkan portal berkenaan menunjukkan pesawat jenis Twin Otter tersekat di hujung landasan selepas kemalangan berkenaan yang berlaku pada pukul 4.30 petang.
Pesawat terbabit berlepas dari Lawas sebelum kejadian.
Bagaimanapun, lapangan terbang berkenaan tidak ditutup dan pesawat terbabit dialihkan pada pukul 9 malam.
MASwings merupakan anak syarikat Malaysia Airlines yang menyediakan perkhidmatan udara bagi kawasan luar bandar. – 8 Januari, 2020.
Komen