Duti import kereta sedang dibincangkan dengan MITI, kata Lim Guan Eng


Zaim Ibrahim

Perbincangan itu dibuat melalui sebuah jawatankuasa bersama melibatkan dua kementerian berkenaan, yang turut membincangkan soal pelaburan, jelas Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2020.

PENSTRUKTURAN baharu duti import kereta sedang dibincangkan antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Lim Guan Eng.

Perbincangan itu dibuat melalui sebuah jawatankuasa bersama melibatkan dua kementerian berkenaan, yang turut membincangkan soal pelaburan, jelas menteri kewangan.

“Duti ini dibawah MITI, saya tidak boleh cakap lebih.

“Tetapi MITI sekarang ada jawatankuasa dengan MOF yang dipengerusikan oleh kedua-dua menteri.

“Kita akan bincangkan isu-isu bukan sahaja isu pelaburan tetapi duti-duti, tetapi biarlah pengumuman dibuat secara bersama,” kata beliau dalam satu sidang media di Georgetown, Pulau Pinang. – 5 Januari, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen