Penduduk Selangor tidak setuju tarif air naik


Sheridan Mahavera

Penduduk mengambil air dari lori tangki di Jalan Seri Sarawak Taman Sri Andalas Klang pada Julai lalu kerana bekalan air terputus selepas empat LRA terpaksa ditutup akibat pencemaran diesel. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2020.

KETIKA bekalan air di Selangor terputus bulan lalu, Safar Sulung sedang menjaga 14 cucunya yang perlukan air untuk minum, mandi dan ke tandas.

“Anda tidak boleh kata tidak kepada budak dan cakap air tidak ada. Jika mereka dahaga, mereka perlu minum, jika hendak kencing, mereka perlu ke tandas,” kata pesara tentera berusia 64 tahun itu kepada The Malaysian Insight.

“Boleh anda bayangkan macam mana saya?,” katanya bengang ketika bekalan air terputus menyebabkan jutaan isi rumah di beberapa bahagian di selatan Selangor tidak ada air sebelum Krismas lalu.

Safar bertambah bengang ketika ditanya tentang rancangan kenaikan tarif air tahun ini di seluruh negara, antara 0.06 to 0.71 sen per 1,000 liter.

“Ini tidak patut. Anda naikkan tarif tetapi perkhidmatan teruk. Mereka tidak ada sebab untuk naikkan tarif,” katanya yang tinggal di Bandar Puteri Puchong.

“Ketika bekalan air terputus, saya tidak nampak pun syarikat air hantar lori atau botol air. Keadaan sangat susah untuk kami.”

Sentimen Safar itu senada dengan hampir semula 10 keluarga ditemu bual The Malaysian Insight di Selangor, ketika ditanya tentang pengalaman mereka dengan pengendali air tempatan, Air Selangor.

Mereka ditanya tentang bagaimana gangguan bekalan air di negara ini menjejaskan kehidupan dan respons mereka terhadap kemungkinan tarif dinaikkan tahun ini.

Pemotongan bekalan air akibat penutupan lori rawatan air (LRA) secara tiba-tiba dan tidak dijadualkan di negeri paling banyak penduduk itu adalah masalah yang sering berlaku sejak 2019.

Pada 19 Julai, kira-kira 1.1 juta isi rumah dan pusat perniagaan terputus bekalan air selama tiga hari apabila tiga LRA terpaksa ditutup selepas sumber air mentah mereka, Sungai Selangor tercemar oleh bahan diesel.

Dua bulan sebelum itu, ribuan penduduk di Klang terputus bekalan air secara tiba-tiba apabila tiga paip utama rosak akibat sebahagian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) runtuh.

Hujung minggu sebelum Krismas, dua LRA di Sungai Semenyih ditutup apabila ada pihak secara haram membuang bahan pelarut di lubang kumbahan berhampiran.

Selangor bukan satu-satunya negeri mengalami masalah gangguan bekalan air kerana pada April, penduduk di Johor terpaksa berdepan dengan catuan air susulan bekalan air mentah merosot kerana kemarau.

Beberapa krisis air menyebabkan pengawal selia perkhidmatan air SPAN mencadangkan pihak berkuasa air dan sungai memantau setiap aspek dalam industri ini. – 4 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen