Pelajar sekolah ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan 


Dalam operasi yang dijalankan bermula 11.30 malam sehingga 6 pagi itu, polis turut menahan 12 individu lain selepas didapati positif dadah. – Gambar EPA, 1 Januari, 2019.

REMAJA lelaki berumur 14 tahun antara 12 individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang diadakan sempena Ambang Tahun Baharu 2020 di Jalan Pasir Putih berdekatan Station 18, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata kesemua mereka yang berumur antara 14 hingga 27 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Katanya dalam operasi yang dijalankan bermula 11.30 malam sehingga 6 pagi itu, polis turut menahan 12 individu lain selepas didapati positif dadah.

“Dalam operasi itu juga, polis telah memeriksa sebanyak 287 motosikal dan mengeluarkan 206 saman yang melibatkan pelbagai kesalahan.

“Polis turut menyita 12 motosikal dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama, 1 Januari, 2020.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen