10 maut rusuhan di penjara Venezuela


Keadaan penjara di penjara Venezuela yang penuh sesak dengan banduan menyebabkan sering berlakunya rusuhan sehingga mengorbankan nyawa. – Gambar EPA, 1 Januari, 2020.

PERGADUHAN antara geng di penjara Venezuela menyebabkan sekurang-kurangnya 10 banduan mati, lapor NGO semalam.

Sekurang-kurangnya empat bom diletupkan dalam pertempuran yang bermula pada petang Isnin di negeri Zulia, kata NGO yang merupakan kumpulan hak asasi manusia dikenali sebagai Una Ventana a la Libertad.

Pihak berkuasa Venezuela tidak memberi sebarang maklumat mengenai jumlah mangsa yang terlibat.

Banduan membakar satu sayap di kemudahan itu, katanya.

Ia memetik kenyataan penduduk tempatan yang berkata letupan dan bunyi tembakan didengar bermula petang Isnin, dengan keganasan berterusan semalaman.

Gabenor Zulia Omar Prieto berkata pada Isnin beliau merancang untuk menutup pusat tahanan itu.

Pada 23 Disember, rusuhan di penjara menyebabkan enam orang mati, kata NGO itu dengan seorang daripada mereka ditembak oleh pasukan keselamatan.

Ia berkata penjara itu menempatkan kira-kira 1,000 tahanan.

Penjara di Venezuela mengalami akibat kesesakan yang teruk walaupun rancangan pada 2011 untuk menaik tarafnya.

Pusat tahanan seperti di Zulia penuh dengan banduan yang tidak sepatutnya menghabiskan berada di situ lebih daripada 48 jam.

Di seluruh negara, kemudahan ini mempunyai lebih daripada lima kali ganda kapasiti sepatutnya.

Tahanan berdepan keganasan, kekurangan zat makanan dan penyakit seperti tuberkulosis, kata La Ventana a la Libertad.

Ia mengatakan pada separuh pertama 2019 sahaja, terdapat 149 tahanan mati dalam di pusat sementara, kerana pelbagai sebab.

Pada 24 Mei, seramai 29 banduan mati semasa percubaan melarikan diri  dari penjara lain di bandar Acarigua.

Pertempuran antara banduan dan polis menyebabkan 19 pegawai cedera dalam kejadian itu. – AFP, 1 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen