Bantahan isu elaun kritikal cermin masalah graduan menganggur


Sheridan Mahavera

BIPK yang dahulu dianggap ganjaran kini menjadi keperluan terutama bagi pengamal perubatan yang terpaksa membayar pinjaman pendidikan dan bergelut dengan dengan kos hidup yang tinggi di Malaysia. – Gambar AFP, 1 Januari, 2020.

BANTAHAN berhubung insentif perkhidmatan kritikal kerajaan (BIPK) adalah satu lagi simptom bagi masalah pengangguran siswazah - satu struktur yang terputus antara sistem pendidikan dan pasaran pekerjaan.

Bekas penjawat awam atau mereka yang masih bekerja berkata masalah ini mencerminkan kekurangan dalam sistem penjagaan kesihatan, dengan ketiadaan tempat yang mencukupi untuk menempatkan graduan perubatan, tetapi kolej swasta di negara ini terus menghasilkan graduan.

BIPK bermula pada 1992 untuk menarik minat dan memastikan bakat terus berada dalam perkhidmatan awam pada ketika para profesional, seperti doktor, jurutera dan akauntan, membuat keputusan beralih kepada sektor swasta semakin meningkat.

Tetapi apa yang dilihat sebagai ganjaran kini menjadi keperluan, kata doktor kerajaan, terutama bagi pengamal perubatan yang terpaksa membayar pinjaman pendidikan mereka dan bergelut dengan dengan kos hidup yang tinggi di Malaysia.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mencadangkan agar BIPK dihentikan untuk mengambil pekerja baru bagi 33 jawatan, termasuk doktor, jururawat dan jurutera, kerana ia tidak lagi mencapai sasarannya.

Bagaimanapun, Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula keputusan itu berikutan kritikan daripada orang awam, serta menteri.

Masalahnya bermula dalam industri pendidikan tinggi swasta, yang menghasilkan terlalu ramai siswazah perubatan dan mereka yang terlatih dalam bidang sains dan bidang kejuruteraan.

Graduan ini kemudian bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta yang lebih besar dan sektor awam yang lebih kecil, kata bekas pegawai kanan kerajaan Ramon Navaratnam.

Ribuan pemohon jawatan profesional penjawat awam ini mencerminkan lebihan graduan dalam pasaran kerja, kata Ramon, yang kini mengetuai badan pemikir Pusat Pengajian Dasar Awam.

Menurut kajian Bank Negara Malaysia 2016, mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi mempunyai kadar pengangguran lebih tinggi iaitu 15.3%, berbanding 9.8% mereka yang hanya menamatkan sekolah menengah.

Graduan dalam bidang sains cenderung mempunyai kadar pengangguran tertinggi, pada 27.7% berbanding yang lain.  – 1 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen