Keputusan pengambilalihan lebuh raya minggu depan, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan berkenaan pengambilalihan lebuh raya akan dibuat pada mesyuarat Kabinet akan datang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 30 Disember, 2019.

KABINET akan membuat keputusan berkenaan beberapa tawaran pengambilalihan lebuh raya bertol pada mesyuaratnya akan datang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ia termasuk tawaran pegangan Khazanah dalam PLUS dan pengambilalihan empat lagi lebuh raya daripada Gamuda.

“Keputusan itu mungkin dibuat minggu depan,” katanya kepada media pada sidang akhbar selepas acara penutup program LIFT Putrajaya hari ini.

Lim berkata kerajaan akan perlu membuat keputusan berkenaan perkara itu susulan kenaikan kadar tol yang dibekukan.

“Masa terus berjalan, dan pampasan semakin banyak,” katanya. – 30 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen