POLIS sepatutnya menahan individu yang didakwa cuba membuat provokasi bagi menggangu persidangan mengenai kandungan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah, kata
Pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiao Zong tidak berpuas hati kerana pihak yang didakwa membuat provokasi bagi mengganggu persidangan berhubung kandungan Jawi dalam buku teks tidak dikenakan tindakan.
Setiausaha Agungnya Ng Chai Heng berkata polis sepatutnya bertindak ke atas pihak berkenaan dan bukannya ke atas kongres yang sepatutnya berlangsung hari ini.
“Kami rasa tak puas hati polis mohon perintah injuksi mahkamah, alasannya mengganggu kententeraman awam
“Tapi kebebasan berhimpun termaktub dalam perlembagaan. Polis patut ambil tindakan terhadap individu yang ganggu kongres, bukan sekat kongres,” katanya pada sidang media di Semenyih.
Beliau mendakwa persidangan yang dianjurkan pertubuhan itu tidak sama seperti perhimpunan lain yang sengaja mencetuskan keharmonian.
Katanya kongres tersebut dianjurkan untuk memahami isu sebenar kemelut pelaksanaan tulisan jawi dan turut disertai namun masyarakat India, ahli akademik, wakil kaum Melayu, Sabah dan Sarawak.
Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menghalang kongres itu diadakan di Kolej New Era kerana bimbang berlaku rusuhan.
Ini memandangkan beberapa pertubuhan merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah kongres Dong Jiao Zong.
Tindakan pertubuhan pendidikan Cina itu mendapat kritikan kerana tidak menjelaskan tujuan perhimpunan berkenaan sejak peringkat awal sehingga mencetuskan bantahan meluas.
Masalah itu mencetus kemarahan di kalangan orang Melayu yang masih tidak faham bantahan ke atas kandungan Jawi dalam buku teks, menurut pengkaji Universiti Tunku Abdul Rahman.
Antara kumpulan Melayu yang merancang berdemi di hadapan kolej tersebut adalah Pertubuhan Angkatan Gerak Minda Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Perkasa.
Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihati Dong Jiao Zong agar tidak meneruskan hasrat untuk berhimpun kerana bimbang akan menimbulkan reaksi keras orang Melayu.
Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menggesa Dong Jiao Zong dan pertubuhan Melayu agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan berhubung isu tersebut.
Tiga halaman dalam buku teks yang masih menjadi kontroversi itu antaranya melibatkan pengenalan cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu, nama Bank Negara Malaysia, matawang Ringgit Malaysia dan nama negara Malaysia dalam Jawi.
Buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu itu akan mula digunakan dalam penggal persekolahan bermula Januari. – 28 Disember, 2019.
Komen