Petisyen bantah mansuh elaun kritikal masih dapat sambutan 


Seorang doktor bersama seorang pesakit yang menerima rawatan dialisis di sebuah hospital kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2019.

SATU petisyen bagi membantah pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam dalam perkhidmatan kesihatan yang dilancarkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) masih mendapat sambutan walaupun kerajaan mengumumkan akan menangguhkan keputusan tersebut.

Setakat jam 6.16 petang tadi petisyen itu sudah ditandatangani kira-kira 93,149 individu.

“Kerjaya ini menuntut pengorbanan. Setiap pekerja profesional kesihatan mengorbankan usia remaja mereka, masa bersama keluarga dan kesihatan untuk belajar dan dilatih agar dapat merawat pesakit mereka. Untuk pengorbanan ini, profesional kesihatan menerima elaun, salah satu daripadanya adalah elaun kritikal kerana bidang pekerjaan ini adalah elemen penting kepada pertumbuhan negara,” menurut keterangan pada petisyen.

Petisyen tersebut mensasarkan 150,000 penandatangan.

Pengguna Twitter, Dr BeniRusani mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menangguhkan pemansuhan BIPK dan berkata kumpulan doktor junior akan tergolong dalam kategori B40 jika elaun tersebut dimansuhkan. – 27 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen