Sektor perkhidmatan sukar capai sasaran KDNK 2020


Ragananthini Vethasalam

Ada banyak faktor luaran mempengaruhi pelan mencapai sasaran sumbangan 60% sektor perkhidmatan kepada KDNK 2020, kata Ketua Perangkawan Negara Dr Mohd Uzir Mahidin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2019.

SASARAN 60% sumbangan sektor perkhidmatan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 sukar dicapai, kata Ketua Perangkawan Negara Dr Mohd Uzir Mahidin. 

Sumbangan sektor itu kepada KDNK setakat suku ketiga tahun ini kekal pada 57%.

“Kita pada mulanya beraspirasi untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Bagaimanapun, kita perlu menyemak semula sasaran dan ada banyak faktor luaran yang mempengaruhi pelan untuk mencapainya,” katanya menjelaskan sebab ketidakmampuan mencapai sasaran itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui jurang antara sasaran dan pencapaian sebenar tidaklah besar.

“Ia cuma akan ambil masa lebih sedikit untuk mencapainya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran laporan awal Jabatan Perangkaan tentang Bancian Perdagangan Borong dan Runcit 2019, hari ini. – 27 Disember, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen