KEKELIRUAN menyelubungi kongres bantahan terhadap tulisan Jawi yang akan diadakan Sabtu ini berpunca daripada kegagalan Dong Jiao Zong menyatakan objektifnya dengan jelas, kata penganalisis.
Kumpulan pendidikan Cina itu gagal menyatakan apa yang mereka tidak puas hati tentang pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Dr Chin Chong Foh berkata kurang jelas berkenaan agenda kongres itu menyebabkan salah faham dalam kalangan Melayu.
“Apa sebenarnya yang kongres itu bantah? Kami tidak terima maklumat jelas. Adakah ia tentang tiga halaman tulisan Jawi dalam buku teks sekolah atau membenarkan lembaga pengarah sekolah vernakular Cina hak untuk memutuskan sama ada skrip itu patut diperkenalkan atau tidak,” katanya.
Penganalisis politik Cheah See Kian berkata agenda perhimpunan itu belum diketahui lagi dan bukan mudah untuk mengukur respons yang akan diterima.
Beliau berkata kongres itu sepatutnya hanya fokus tentang siapa yang berhak menentukan tentang sama ada pengajaran tulisan Jawi patut atau tidak diajar di sekolah vernakular.
Cheah mendesak Dong Jiao Zong menyatakan tuntutannya dengan jelas.
Menambah sudah terlewat untuk membatalkan kongres itu, Chin berkata kumpulan itu patut mengurangkan retoriknya berkaitan isu berkenaan dan menyatakan pendiriannya dalam bahasa berbeza supaya ia difahami oleh kaum lain.
Beliau berkata kekeliruan itu menyebabkan kaum Melayu silap tafsir menganggap kongres itu sebagai isu perkauman, hingga mendesak pengharaman Dong Jiao Zong.
Katanya, jika Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap kumpulan berkenaan dan membatalkan pendaftarannya, maka harapan untuk Sijil Peperiksaan Bersama diiktiraf juga akan musnah. – 26 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen