Kerja gig kini sumber pendapatan utama, menurut kaji selidik


Ravin Palanisamy

Seramai 411 pemandu e-hailing dan penghantar yang ditemu bual dalam kaji selidik The Centre berkata kerja gig bukan lagi bagi mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi ia sumber utama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Disember, 2019.

APA yang sebelum ini dilihat sebagai kerja “kasual” kini menjadi sumber pendapatan pertama dengan bayaran sehingga RM3,000 seminggu bagi kira-kira 250,000 pekerja gig di Malaysia pada masa ini, menurut kajian The Centre.

The Centre ialah badan pemikir yang diasaskan oleh bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan naib ketua Pemuda Umno sekarang Shahril Hamdan.

Kerja gig selama ini dilihat sebagai sumber bagi “pendapatan tambahan” tetapi sekarang ia sumber pendapatan, kata 411 pemandu e-hailing dan penghantar yang ditemu bual antara 15 Oktober dan 16 November.

Pemandu ini membentuk majoriti pekerja gig di dalam negara, yang nasib mereka pernah mendapat perhatian susulan perbalahan gaji dengan syarikat penghantaran Foodpanda baru-baru ini.

Kaji selidik The Centre menunjukkan 54% responden berusia antara 18 dan 60 tahun berkata pendapatan gig adalah sumber pendapatan utama mereka, sementara 45% menganggapnya sebagai “tambahan”.

Hampir 75% responden berkata pendapatan gig mereka “penting” atau “sangat penting”, sementara 58% bekerja antara lapan dan 12 jam sehari dan 9% bekerja lebih 12 jam sehari.

Sebanyak 86% responden berkata mereka bekerja lima hari atau lebih dalam seminggu melakukan kerja gig (30% bekerja setiap hari, 37% enam hari dan 19% lima hari).

The Centre berkata jam bekerja hampir sama dengan bekerja sepenuh masa. – 20 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen