BANYAK perkara perlu dilaksanakan bagi memastikan universiti dan industri dapat bekerjasama dengan lebih berkesan, kata pakar akademik.
Timbalan Pengarah School of Business (Kajian) Universiti Monash Malaysia, Prof Parveiz K Ahmed berkata pihak universiti pada hari ini tidak mampu memenuhi dan menampung keperluan industri.
“Ada kekurangan atau jurang yang perlu ditangani,” kata Parveiz yang juga pengarah bersama Global Asia.
Katanya pihak industri juga mahu penglibatan yang lebih kukuh dengan pihak universiti bagi memacu kajian dan pembangunan inovasi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Kajian Monash Malaysia Prof S. Mahendhiran S. Nair berkata syarikat kecil dan sederhana beralih ke arah inovasi yang lebih murah dengan ada yang memilih universiti untuk memacu agenda Revolusi Industri (IR) 4.0.
“Syarikat kecil yang mencari kerjasama dengan pihak universiti kerana kos IR 4.0 terlalu mahal buat mereka,” katanya.
“Ini dapat membuka ruang kepada universiti menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecil dan sederhana.”
Selain itu, syarikat bersaiz sederhana juga membuka ruang kepada graduan yang mampu berfikir secara kritikal dan memacu inovasi.
Berita penuh di sini.
Komen