SEBANYAK 74% pemimpin perniagaan di Malaysia berkata mereka proaktif secara waspada terhadap prospek perniagaan bagi tempoh 12 bulan akan datang, dengan faktor geopolitik global yang mempengaruhi, kata kaji selidik.
Prof S Mahendhiran S Nair, ketua pegawai eksekutif Monash Malaysia Research and Development (MMR & D) berkata perniagaan optimis secara waspada pada 2018 akibat perang perdagangan.
“Perniagaan tahun lalu optimis secara waspada kerana kita tiada perang perdagangan sepenuhnya, Brexit yang kita sangka akan ada penyelesaian tetapi realiti berubah sejak 12 bulan lalu,” katanya sambil menyampaikan hasil kajian Sentimen Perniagaan Malaysia 2019/2020.
Bagaimanapun, perniagaan sudah mengambil pendekatan lebih proaktif pada 2019 dan dijangka berterusan sehingga 2020, katanya.
“Ia bukan optimistik tetapi proaktif secaraa waspada,” katanya sambil menambah terdapat beberapa faktor yang menimbulkan kebimbangan terhadap firma.
Ketidakpastian berpunca daripada perang perdagangan yang masih belum dapat dilihat resolusinya walaupun beberapa rundingan antara AS dan China, kemajuan teknologi dan gangguan model perniagaan baharu dilihat sebagai faktor dipertimbangkan.
“Perkara yang baik adalah firma menyedari bahawa dengan semua perubahan ini mereka perlu melakukan sesuatu dan lebih proaktif. Mereka tidak boleh duduk diam dan menanti semua perkara selesai,” katanya. – 16 Disember, 2019.
Berita penuh di sini
Komen