Pelajar UM tuntut perkhidmatan bas dan kemudahan lebih baik


Sheridan Mahavera

Mahasiswa UM melakukan demonstrasi bagi memprotes kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang didakwa mereka semakin merosot. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Disember, 2019.

PERKHIDMATAN bas lebih baik dan murah serta kediaman lebih baik adalah antara 13 tuntutan kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) semasa demonstrasi di luar pejabat pihak pengurusan hari ini.

Pengurusan UM sering berbangga dengan kedudukannya di peringkat universiti global dan serantau, tetapi skor tersebut tidak begitu bermakna kepada pelajarnya.

Kesatuan pelajar UM, bersama 22 organisasi dan kumpulan mahasiswa lain dari seluruh negara hari ini mengadakan demonstrasi selama sejam bagi memprotes kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang didakwa mereka semakin merosot.

“Seramai 4,000 pelajar baharu berdaftar tahun depan. Ia dua kali ganda daripada jumlah ketika saya mula masuk UM,” kata presiden kesatuan pelajar UM, Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi.

“Bagaimana ia akan menampung 4,000 pelajar baru sedangkan kemudahannya tidak seperti diharapkan?” Kata Akmal Hazieq dalam ucapannya kepada kira-kira 50 pelajar yang berkumpul di di depan pejabat naib canselor UM.

Sebagai contoh, ketidakcekapan perkhidmatan bas menjejaskan kewangan pelajar kerana mereka terpaksa bergantung kepada sama ada perkhidmatan e-panggilan, teksi atau bas swasta.

“60% daripada pelajar tinggal di luar kampus dan bergantung kepada perkhidmatan ulang-alik ini,” kata Akmal Hazieq.

Seorang mahasiswa turut mencukur rambutnya sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan UM, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Disember, 2019.

“Tiga tahun lalu, bas UM datang sekali setiap 15 minit mengikut laluan utamanya. Kini, ia mengambil masa satu hingga dua jam.

“Sekiranya kita mengambil Rapid KL, kita perlu memperuntukkan RM4 sehari yang bersamaan hampir RM100 sebulan,” kata Akmal.

Kesatuan juga menuntut agar bayaran untuk latihan industri diturunkan kerana program ini pada asasnya bagi pelajar mendapatkan latihan amali yang akan membantu mereka dalam pasaran pekerjaan. – 13 Disember, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen